13 February, 2010

Perlantikan AJK (KPSS)

Kelab Pusat Sumber SMK Ampang Pecah atau nama singkatannya (KPSS) telah memilih AJK pada hari Rabu bersamaan 4.2.2010, bertempat di Pusat Sumber. Pemilihan AJk adalah hasil daripada undian majoriti. Malangnya, gambar tidak dapat diambil. Mesyuarat ditangguh pada pukul 1.30 pm. Di sini guru penasihat, Puan Surayah, Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha membincangkan tentang aktiviti tahunan KPSS (seperti yang dinyatakan). Diharap segala rancangan akan berjalan dengan lancar dan teratur mengikut yang dijadualkan. InsyAllah.

Kata-kata Pengerusi

Selaku pengerusi (KPSS) saya bertanggungjawab terhadap ahli-ahli saya. Saya akan berusaha membantu guru penasihat untuk menaikkan nama KPSS. Saya juga ingin memenangi papan kenyatan terbaik bagi Kelab ini yang akan berakhir pada awal April nanti. Diharap apa yang dirancang pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan sukses.. Amin....

Kata-kata Guru Penasihat

Guru Penasihat, Puan Surayah Bt Suker
Alhamdulillah, pemilihan AJK berjalan dengan lancar dan teratur hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli kelab ini. Kelab ini diangotai seramai 30 ahli dan diharap semua ahli dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada KPSS. Saya juga berharap segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah...